Thursday, December 22, 2011

bila akan terbalas ?


terlalu kecil pengorbananku jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan orang laen.
pengorbananku hanya menunggu si dia untuk menerima cintaku kembali.

tapi, bilakah akan terbalas cintaku selama ini?

mungkin tiada lagi ruang untuk aku memenangi hati si dia?

mungkin padanya, aku sudah tidak bermakna dan hanya dianggap sebagai seorang kawan atau abang?

mungkin juga padanya, aku hanya seorang lelaki yang mengharapkan simpati dari si dia?


itu semua kemungkinan kenapa cinta yang aku pertahankan dalam diri aku dan cinta yang aku simpan bertahun lamanya tidak bermakna bagi si dia.

aku tidak mengharapkan cinta simpati atau balasan cinta yang hanya dibalas disebabkan penantian aku 
dan bukan kerana sebenar-benar cinta.

aku inginkan cinta yang sebenar, yang bisa dibawa ke jinjang pelamin, terus membawa ke syurga.

mungkin dia tidak nampak betapa serius cinta yang aku pertahankan selama ini?

atau mungkin dia fikir aku hanya ingin bermain-main dengan perasaannya?

aku bukan seperti lelaki lain yang hanya mengambil kesempatan ke atas perempuan
dan mempergunakan perempuan.

jauh sekali dari benak fikiran aku !

aku harap supaya Allah membuka pintu hatinya untukku . . .


N.A.R

Sunday, December 11, 2011

sampai mati ~

cinta sampai mati?
ramai yang boleh cakap, tapi tak boleh buat.
betulkan?


urmm..so,aku pun takut, aku boleh cakap tapi tak boleh buat.
haish!


tapi takpe, aku akan berusaha.
dia cinta pertama dan dia juga cinta terakhir.
ya Allah, kau makbulkan doaku.
izinkan ku bersamanya kembali.
:)


biar orang nak cakap aku ni bodo ke apa ke.
yang penting aku ikhlas dan jujur mencintai dia.
biarlah dia tak percaya aku, tak boleh terima aku,
AKU TETAP AKU !


takkan ada orang boleh merubah diri aku selain kehendak Ilahi tu sendiri.


to N.A.R,
please believe me, and understand why i always try to be with u.


aku sayang dia SAMPAI MATI !

Tuesday, November 1, 2011

Ayat-ayat Cinta (Kenangan Terindah) :)



Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... 





N.A.R

Friday, October 28, 2011

Betul atau Tidak ?



betul ke apa yang aku buat, atau tak ?


aku pun susah nak fikirkan.
tapi, itulah yang patut aku buat apabila berkaitan dengan orang yang dah ada pasangan.


aku terpaksa biarkan dia bahagia dengan orang lain,
dan aku tak nak ganggu hubungan dia.


aku pergi tanpa rela aku sendiri.
takkan pernah aku pergi meninggalkan cinta yang aku anggap selama ni akan kekal sampai bila-bila.


TAKKAN!


kenapa tiada peluang lagi untuk aku memenangi hati dia, terus memiliki dia?


KENAPA?!


aku kurang mengerti,tapi mungkin inilah takdir.


ahh!takdir boleh diubah dengan usaha sendiri!


!!!!!!!!

Thursday, October 27, 2011

Patah Seribu ~



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku


Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu


Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Wednesday, October 26, 2011

Sky of Love :)

Hiro & Mika.
tuh la pelakon utama cerita nie.
sweet sangat.
huhu..

dari jam 4 pagi sampai 7 pagi aku duk melayan cerita nie,
ada orang yang suruh aku tengok cerita nie.
so,aku pun tengok la.

aku pun tak tau apa maksud dia,suruh aku tengok cerita nie.
emmm,mungkin ke ada kena mengena dengan kisah aku dan dia?

mungkin jugak kot.
pasal cincin la paling ketara sekali,dunno about her,but i still wear that ring.
ALWAYS WEAR IT!

ending of the story,Hiro died because he have cancer.
Mika always love him..and the most script that i like is "i wanna be the sky,i can see u from above"

:)

Friday, October 21, 2011

I MISS YOU ♥



i miss you, itulah perkataan yang dapat aku nyatakan buat masa sekarang.
aku rindu sangat-sangat kat dia. 


aku rindu dengar suara dia,
aku rindu mesej dengan dia,
aku rindu nak bermanja dengan dia,
aku rindu nak bergurau dengan dia,
aku rindu segala-galanya dengan dia.


tapi itu semua mungkin untuk perasaan diri aku jer.
sebaliknya untuk dia.


mungkin dia dah mula lupakan aku, dah tak ingat akan siapa diri aku, 
mungkin juga mula membenci aku.


aku sayang dia, aku cinta dia.
dan mungkin takkan ada penganti bagi dia.


mungkin disebabkan aku cakap yang aku nak lupakan dia, dia terus lupakan aku.
aku cuma nak dia hidup bahagia, mungkin bukan dengan aku, 
sebab aku dapat lihat yang dia tak sepenuhnya bahagia bila bersama aku.


biarlah aku pendam perasaan ini seorang diri dan hanya Allah saja tahu yang aku sangat mencintai dia.


aku pernah berjanji, aku takkan lupakan dia sampai bila-bila.

N.A.R